Pages

Monday, 10 September 2018

Blog

Get Started with BLOGGER !

Blog adalah singkatan untuk weblog, merupakan suatu catatan atau jurnal peribadi yang terdapat di jaringan internet. Catatan yang dibuat sentiasa dikemaskini dan bahan-bahan yang dimasukkan adalah untuk tatapan umum. Catatan yang dibuat adalah mengenai sesuatu tajuk seperti makanan, politik, berita tempatan, dan sebagainya. Pada entri kali ini, saya tidak menulis tentang langkah, tetapi penerangan umum tentang blog.

 Anda keliru ?

Google Blogger boleh dilayari melalui dua URL iaitu:
  1. http://www.blogger.com
  2. http://www.blogspot.com
Seperti anda mencipta akaun Facebook, Instagram dan Twitter, Google Blogger juga perlu menghasilkan akaun Blogger. Isi maklumat yang diperlukan. Yang paling penting adalah... nama blog dan URL blog. URL blog ini anda boleh hantar kepada kawan-kawan anda untuk lawat blog anda. Menarik bukan ? Anda juga boleh memilih templat yang menarik dan sesuai dengan tujuan anda membuat blog. Sama ada untuk tujuan Traveling, Food hunting, dan pelbagai lagi.

Apa yang menarik tentang Blogger ? 

Blogger dapat menghubungkan kita dengan orang lain di seluruh dunia. Kita juga dapat berkongsi  pengalaman dan pengetahuan kepada pengguna Google. Anda juga boleh menghias Blog anda dengan cantik dan kreatif. Blogger juga satu aplikasi yang mudah kepada pengguna untuk berkongsi kisah kehidupan mereka. Ini kerana sesetengah orang menjadikan Blog sebagai diari peribadi mereka. Mungkin di dalam tetapan blog, anda terlihat kod HTML. Kod ini membolehkan anda menambah media-media menarik di blog anda. Contohnya menambah lagu, menukar tema blog, dan menambah widget.

Inspirasi untuk memulakan Blog ?

Di bawah ini saya berikan contoh blog-blog yang menarik (Sumber: Google)

Gambar Contoh 1

Gambar Contoh 2

Gambar Contoh 3
   

No comments:

Post a Comment

Guitar