Exploring Microsoft Power Point
Microsoft Power Point merupakan perisian persembahan yang disediakan dalam pakej Microsoft Office. Perisian ini menyediakan ruang untuk pembinaan persembahan elektronik yang terdii daripada beberapa slaid. Perkara-perkara asas dalam Microsoft Power Point sudah tentu ramai yang tahu. Contohnya, membuat slaid baharu, memasukkan teks, menyimpan fail persembahan dan memasukkan gambar. Terdapat elemen menarik yang dapat pengguna lakukan untuk menghasilkan slaid persembahan yang menarik perhatian penonton. Antaranya adalah sound, animation, transition and hyperlink. Jom kita start !
Membina Animasi bagi Teks dan Grafik
- Klik Animation > Highlight teks > Klik Add Animation dan pilih bentuk animasi yang menarik hati anda
Memasukkan elemen bunyi
- Klik menu insert > pilih ikon Sound pada bahagian media
- Ada tiga pilihan iaitu ' audio fron file ','clip art audio', dan 'record audio'
- Pilih audio from file dan pilih fail bunyi yang anda kehendaki dan klik butang insert
- Klik simbol mikrofon
- Klik bahagian Audio tools dan pilih Playback
- Pada bahagian playback, terdapat pilihan untuk bunyi akan dipaparkan
- Pada kotak start, pilih automatically untuk bunyi dan bunyi akan dimainkan secara automatik
- Klik kotak Loop until Stopped
- Klik kotak hide during show
Membina Hyperlink
Sebelum membuat hyperlink, pengguna perlu menyediakan beberapa slaid seperti slaid pertama, anda membuat soalan kepada penonton beserta dengan pilihan jawapan. Slaid seterusnya ada perlu membuat slaid jawapan sama ada salah atau betul. Hyperlink boleh digunakan dengan pantas jika penonton menjawab betul, anda terus menekan jawapan betul, dan slaid jawapan betul akan dipaparkan. Menarik bukan ? Berikut adalah langkah-langkah ringkas.
- Klik pada icon rectangle dan bina satu kotak yang menutupi keseluruhan skrin slaid
- Klik menu insert > Klik hyperlink
- Klik Place in this document
- Klik nama tajuk slide anda
- Highlight jawapan 'Betul'
- Klik Hyperlink
- Klik Place in This Document
- Klik pada slaid yang mempunyai 'Jawapan anda Betul'
- OK
No comments:
Post a Comment