How to Get started with Mailing in Microsoft Word
Kaedah Mel Cantum (Mailing) boleh digunakan untuk memudahkan sesorang dalam menyediakan surat atau sijil dalam kuantiti penerima yang banyak. Sebelum memulakan kaedah Mailing, pengguna mestilah menyediakan template surat atau sijil. Berikut merupakan langkah-langkah kaedah Mailing.
- Buka template surat/sijil dengan mengosongkan bahagian maklumat penerima
- Selepas itu, klik Mailing > Start Mail Merge > Step by Step Mail Merge Wizard
- Select document type > Letters > Next: Starting Document
Untuk memudahkan pengguna, sediakan senarai nama di dalam Microsoft Excel. Pengguna boleh meneruskan Mailing dengan langkah berikutnya;
- Use and existing list > Next: Write Your Letter
Seterusnya klik OK dan kelihatan perkataan {{AddressBlock}} dipaparkan di kedudukan yang betul pada surat yang disediakan.
- Klik Next: Preview your letters. Nama dan alamat penerima dipaparkan.
- Klik Next: Complete Mail Merge jika telah selesai proses Mailing anda.
No comments:
Post a Comment